M.E.Y
Gambar yang dihantar ke Institut Sains Marin Virginia menunjukkan bentuk hidupan air yang mencetuskan kekecohan di Newport News.

RICHMOND, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa orang menemui satu benda ganjil yang besar dan bertompok-tompok terapung di sebuah tasik buatan di Oyster Point, bandar Newport News, Virginia baru-baru ini.

Pada mulanya, benda ganjil itu ditemui oleh seorang pekerja pejabat, Tracy Collier semasa membawa seekor anjing milik bosnya berjalan.

Dia dan beberapa pekerja pejabat lain kemudian menghubungi pakar-pakar di Institut Sains Marin Virginia dengan menghantar e-mel dan gambar makhluk itu.

Makhluk itu berdiameter kira-kira 1.21 meter dan bergerak ke dalam tasik sejauh 1.82 meter.

Ia kelihatan bergoyang semasa gelombang ombak membadai makhluk ganjil itu.

Pakar-pakar di institut tersebut menjelaskan bahawa makhluk ganjil itu merupakan koloni hidupan air Pectinatella magnifica.

Koloni hidupan air itu muncul sama ada terapung atau berpaut pada objek terapung..
0 Responses

Post a Comment