M.E.Y
Rahsia tetap rahsia??eh...tidak semestinya ,tidak semua rahsia tetap akan
menjadi rahsia selamanya....korang nak kenal lebih rapat dengan si dia yang
menjadi pujaan hati korang selama ini?Tenung, kaji & amati si dia betul
betul kerana kita akan bongkar rahsia dia menerusi dahi!!!

DAHI LEBAR........
Ciri2:saiz dahi XL, lapang lagi luas mata memandang .
Faktor2 Best:Tidak suka 'port' tentang hal peribadi orang lain,berjimat cermat.
Faktor2 kurang: Sering disalah anggap sombong kerana berat mulut untuk memulakan bicara.

DAHI DENGAN JUNTAIAN ANAK RAMBUT..... Ciri2: rambut terjuntai seolah menetupi dahi
Faktor2 Best: pemurah dari segi tenaga , wang ringgit @ apa saja.
Faktor2 kurang: Mudah cair dengan pujuk rayu, sering diambil kesempatan.

DAHI BENTUK HATI.......
Ciri2: Bentuk seakan huruf 'M'
Faktor2 Best: murah rezeki, kreatif keran asuka berfikir dan berimaginasi.
Faktor2 Kurang: Tidak suka pegang tanggungjawab, tidak pandai simpan rahsia

DAHI JENDOL........
Ciri2: dahi menonjol. permukaan luas
Faktor2 Best: Bertanggungjawab, rajin, aktif, cerdas lagi bijaksana
Faktor2 Kurang: kurang keyakinan pada diri sendiri .lagi satu kalau bercinta,tak ingat dunia.

DAHI BERSEGI.... Ciri2 :Berbentuk seakan petak
Faktor2 Best: Tekun, rajin, mudah beri tumpuan terhadap sesuatu.
faktor2 kurang: dah lah tak pandai bersosial, pilih bulu lak tu

DAHI SEMPIT.... Ciri2 : Bersaiz S, penuh dengan anak rambut.
Faktor 2 Best: Sangat berdikari, tidak mudah putus asa ,cerdik.
faktor2 kurang: yang nie tak banyak kelemahan....sukar mencari pasangan
hidup.

Terbongkarlah satu rahsia disebalik dahi, nampak gayanya, lepas nie kenalah
cover sikit kalau nak keluar, nanti orang tahu lak rahsia kita! apapun ini hanyalah hiburan semata mata yang disampaikan dari mulut ke mulut sejak berdekad lalu...
M.E.Y
Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…
M.E.Y
Bermimpi nampak syurga -alamat akan menjadi orang yang mulia
Bermimpi langit pecah - alamat negeri akan dirampas orang
Bermimpi berenang di sungai - alamat niatnya tidak akan terkabul
Bermimpi berjalan di sungai - alamat akan bersedih

Bermimpi sedang belayar - akan dalam pkerjaan dan usahanya berjaya
Bermimpi bertunang - akan kawin cepat pada tahun ini
Bermimpi hisap rokok - akan mencapai puncak kejayaan
Bermimpi menggosak baju - alamat kebahagiaan dalam rumah tangga
Bermimpi membayar zakat - alamat tidak pernah kekurangan wang
Bermimpi menjadi ketua pejabat- alamat akan maju dalam soal kewangan
Bermimpi membaca Al-Quran - khabar baik akan datang kepada anda
Bermimpi tentang patung - akan memperolehi kemakmuran
Bermimpi melihat permaidani - akan memperolehi keuntungan
Bermimpi makan daging gajah - akan dapat rezeki
Bermimpi melihat harimau - kejayaan atas apa yang diusahakan
Bermimpi melihat kerbau - beroleh kebajikan

** Tafsiran semata-mata, apa yang berlaku adalah kehendak Allah S.W.T

M.E.Y
SOALAN 1:

Kenapa cik aminah keluar rumah terjerit-jerit?
Jawapan: Sebab En. Baba terjatuh dalam parit.



SOALAN 2:

Di luar warnanya kuning, di dalam warnanya hitaM?
Jawapan: Budak India dalam bas sekolah... wakakakaka...



SOALAN 3:

Kenapa anak babi jalan tunduk-tunduk?
Jawapan: Sebab dia malu sebab mak dia babi... hahahaha



SOALAN 4:

Kenapa anak kanggaroo terlompat-lompat?
Jawapan: Sebab dia happy yang mak dia bukan babi...



SOALAN 5:

Kenapa anjing kalau kena kejar dengan manusia, dia lari sambil pandang belakang?
Jawapan: Sebabnya anjing tu takde side mirror...huhuhu...



SOALAN 6:

Apakah nama mak bapak TRANSFORMER?
Jawapan: TRANSPARENT



SOALAN 7:

TRANSFORMER balik kampung naik apa?
Jawapan: TRANSNASIONAL



M.E.Y
1. Bulan Januari
  • Tenang dan berwibawa
  • Suka berterus terang dan tidak suka terikat dengan adat istiadat
  • Pandai simpan rahsia dan boleh dipercayai
  • Disukai Ramai sebab selalu ceria.
  • Pandai berdikari dan tidak suka minta pertolongan orang lain.
  • Pandai mengatur kewangan
  • Agak pendiam dan lebih suke menyendiri
  • Seorang yang teliti klau melakukan kerja
2. Bulan Februari
  • Mempunyai hati yang tulus
  • Seorang yang peka dan mudah tersinggung
  • Senang dipuji dan selalu menuruti kehendak diri
  • Suka berjenaka dan menghormati orang lain
  • Keras hati dan mempunyai pendirian tetap
  • Agak pemalas dan suka mungkiri janji
3. Bulan Mac
  • Baik hati dan suka menolong
  • Suka kehidupan yang serba mewah
  • Selera yang tinggi
  • Belas kasihan dan selalu memberi pada orang yang dalam kesusahan
  • Agak pemalu tapi jujur dan tidak pernah berbohong
  • Mudah terpengaruh dan tidak kuat menghadapi godaan
  • Suka melalaikan kesihatan diri sendiri.
4. Bulan April
  • Tidak mahu mengalah dan selalu ingin menang
  • Pembosan
  • Senang dipuji
  • Agak boros walaupun pandai mencari wang
  • Mempunyai otak yang cerdas, namun tidak suka diperintah
  • Tidak pernah memilih bila berkawan
5. Bulan Mei
  • Pandai menguasai perasaan
  • Pandai mengambil hati orang lain
  • Punya selera tinggi dan senang kehidupan yang serba mewah
  • Senang menunda pekerjaan
  • Agak boros walaupun mudah mendapat rezeki
  • Tidak suka terikat dengan adat istiadat dan tidak suka dipuji.
6. Bulan Jun
  • Romantik dan suka menolong
  • Tidak mempunyai pendirian tetap
  • Suka berfikiran yang tinggi-tinggi
  • Mudah tersinggung bila perasaannya tersentuh
  • Agak pemalas dan hanya bekerja bila dijanjikan dengan hasil yang lumayan
  • Selalu ceria walaupun hatinya  sedang dalam konflik
7. Bulan Julai
  • Mudah dan suka berkhayal
  • Kata-kata amat tajam bila marah
  • Tidak mempunyai pendirian tetap
  • Senang dipuji
  • Suka menolong sesama sendiri sahaja
  • Pandai berbicara dan berotak cerdas
  • Agak pemalas
8. Bulan Ogos
  • Mempunyai perasaan yang peka/halus
  • Cepat tersinggung
  • Suka mengkhayal dan berfikiran tinggi
  • Tidak mudah terpengaruh
  • Agak pemalas
  • Lebih suka ikut kehendak hati sendiri bila bekerja
9. Bulan September
  • Mudah tersinggung dan cepat naik darah
  • Baik hati dan jujur
  • Boleh menyimpan rahsia
  • Suka berfoya-foya
  • Pandai menyimpan wang tapi tidak kedekut
  • Suka menolong keluarga dan pandai mendidik anak
10. Bulan Oktober
  • Berjiwa besardan tidak mahu mengalah
  • Pandai berbicara
  • Cerdas dan baik hati
  • Memiliki tekad dan azam yang kuat
  • Tidak sabar dan agak boros
  • Pemikiran yang tidak tetap dan selalu berubah
11. Bulan November
  • Tabah dan kuat dalam menghadapi segala cobaan
  • Pandai mengerjakan setiap pekerjaan
  • Pandai mengambil hati orang lain
  • Agak pemalas dan suka menunda pekerjaan
  • Banyak berfikir
  • Agak pendendam dan tidak mudah memaafkan orang bersalah.
  • Keras hati
12. Bulan Disember
  • Mudah menaruh rasa percaya pada orang lain
  • Suka melakukan kerja dengan tergesa-gesa
  • Tidak sabar
  • Tidak mahu mengalah dan selalu ingin menang
  • Mudah terpengaruh
  • Jujur dan baik hati
  • Pemboros dan suka memaksakan kehendak
M.E.Y



M.E.Y
Nak buat folder kat window boleh gunakan macam-macam nama kan?? tapi cuba korang create folder bernama "CON".. ia sememangnya cool dan sukar diketahui oleh pihak microsoft ape pasal tak bleh nak create folder bernama "CON"..

Yang ni trick paling cool..sedangkan team microsoft pon tak boleh nak setlekan masalah ni termasuk si Bill Gates tu..ia telah ditemui oleh orang brazil bernama @#T%T...cuba korang buka Microsoft Word dan taipkan =rand (200,99) dan tekan ENTER..haa ape jadik??